Monday, February 25, 2013

Assalamualaikum . Sehat semua ? Alhamdulillah kalau semuanya sehat dalam kandungan yang membanggakan . Mintak maaf lah yer , sebab entry yang di post sejak akhir akhir ni semuanya sedih sedih belaka . Tapi tadelah sesedih mana pun . Cuma lebih kepada memuhasabahkan diri beta sendiri untuk tatapan kalian .  Mungkin kalian tidak kenal saya , mungkin kalian hanya mengenali cerita cerita saya ? tak mengapa . Sebelum apa apa , izinkan saya memohon maaf jika ada yang tersingguh dengan kata kata saya selama ini . 

Benar kata orang , Seribu langkah yang sudah kita harungi adalah bermula dengan satu langkah . Yaa . macam itu saya . Sudah jauh saya melangkah , sudah jauh saya melangkah tanpa ditemani mak dan ayah . Saya melangkah untuk mencari hidup saya sendiri tanpa mereka . 

Wahai Tuhan ,
Jauh sudah lelah kaki yang melangkah 
aku hilang tanpa arah 
rindu hati mencari sinarMU

Dan sampai waktu ini , saat ini , detik ini . saya masih mencari cari siapa diri saya . Dimana roh saya sebenarnya ? Yang meronta ronta mahu pembebasan ? Hanya Tuhan yang tahu . Betapa saya berperang dengan hati , Berperang mencarik diri sendiri . Sudah lah ! Waniey , Berhenti dari lamunan kamu? berhenti dan pulanglah pada roh kamu yang sebenar benar roh kamu . yang inginkan Sinar baru dalam hidup . 

Wahai Tuhan
aku hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa hitam dijalanku .

Peringatan buad diri sendiri . Allah itu maha pengampun , maha penyayang , maha pemurah . moga Allah buka pintu hati ini untuk teruskan hidup dijalanNYA .  =')


Alhamdulillah , 
syukur Atas nikmat dan kurniaanNYA .
Seindah namanya , 
Sesempurna Kelahirannya .

Tahniah buat kakak Atikah dan abg Firdhaus
Atas kelahiran baby yang sangat comel neh .
Waniey doakan semoga baby akan jadi Anak yang solehah
jadi anak yang bijak 
yang kuat dan tabah 
yang setiasa sabar 
yang selalu ceria 
yang selalu mendengar kata umi & Ayahnya

Wahai Sofhea Hanania
saya doakan kamu sehat selalu .
Amin ^_^ /

Buat kakak Atikah yang disayangi
Tak ada apa yang mampu waniey kata lagi 
melainkan ucapan terima kasih kerana pernah sudi menjadi kakak 
untuk waniey . =')
terima kasih atas nasihat nasihat kakak selama neh .
awak kakak saya sampai bila-bila 
INSYAALLAH .
Mungkin kita takkan bersua muka lagi ,
tapi Doa waniey buat kalian sekeluarga selalu waniey kirim 
Semoga kalian semua gembira dengan kelahiran baru ini 
Insyaallah =')



Sunday, February 24, 2013

Bila ada Tangisan =')


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda . Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum . Selamat pagi untuk semua . Pasti masing masing tengah sibuk kala waktu ini . ke sana ke sini , buat itu , buat ini .cuma aku yang masih tidak bergerak kemana - mana . Kelas masih belum pasti , jadi mana lagi aku ingin melangkah . Berdiri di sini . Menghadap semuanya disini . Tanpa rasa gentar dan takut . Takut ? tidak , aku tidak takut walaupun aku bersalah . ='( aku bersalah pada diri . aku bersalah pada sahabat , aku bersalah pada Cinta , aku bersalah pada mereka semua . Aku tetap berdiri disini . Menghadap apa saja . Menyedari kekhilafan diri , membuatkan aku benar benar kerdil di mata mereka . Mungkin sehingga hujung masa pun belum tentu aku bisa maafkan diri aku kerana menyakiti mereka semua . Walaupun aku tahu , hidup ini punya waktu . Waktu untuk menjadi lebih baik , waktu untuk mematangkan diri . Tapi malangnya aku sendiri yang sudah ciptakan luka buat mereka . ='( 

MAAFKAAN AKU SAHABAT , MAAFKAN AKU CINTA .. :'(

Sampai waktu ini , ketika ini , aku masih mencari cari bagaimana untuk mengubati hati hati insan yang sudah aku lukai . Pasti aku tidak mampu . Ya ALLAH berdosanya Aku . ='( . Terasa pedihnya bila melihat mereka  terluka dengan kesalahan aku , Ya Allah , bagaimana aku jadi begitu ? kenapa waniey ? kenapa kau begitu ?  lupakah kau , bahawa Allah itu maha KUASA ? lupakah kau bahawa Allah sudah janjikan yang terbaik untuk kau ? Mengapa kau hidup seolah olah kau yang mengaturkan hidup kau ? Mengapa kau tergamak lakukan hal sebegitu rupa . Aku khianati mereka . Ya Allah , aku tak bermaksud ... Maafkan aku kerana terleka waktu itu . Menyakiti mereka untuk kepuasan diri sendiri . Kau bersalah ! Ya , aku bersalah .... 
Masih ada ruang waktu kah untuk aku ? untuk aku kembali kepadaNYA ? ='(

Aku berperang dengan perasaan aku sendiri . aku sakiti mereka , tapi mereka juga yang telah sedarkan aku untuk semuanya . Aku sakiti hati mereka , namun sekelip mata mereka sudah maafkan aku . YA ALLAH ! Layakkah aku mendapat kemaafkan dari mereka ? Wahai Sahabatku , Mengapa kau terlalu baik untukku ? Mengapa kau lembut untukku ? Mengapa kau terlalu mudah memaafkan aku ? Aku ini , bukanlah insan yang kau layak untuk digelar SAHABAT , Jauh sekali tidak . Aku belum layak untuk gelaran itu sebenarnya . Kerana , gelaran itu sungguh tinggi Darjatnya . MAAFKAN aku sahabat . kenapa menyakiti kau . maafkan aku kenapa sudah mencipta kecewa untuk kau . maafkan aku! aku tak bermaksud apa -apa . maafkan aku kerana pasif begini . bukan apa , cuma aku malu dengan diri sendiri . Aku bukan sahabat yang baik untuk kau , tapi Insyaallah aku janji aku cuba jadi yang terbaik untuk kau . Sebab aku sayang kau sangat sangat . kau lah satu satunya adik beradik yang aku ada merangkap sahabat aku . =')  Sumpah aku rindu waktu waktu kita seperti dahulu , Doa aku , Semoga ada ruang dan kesempatan untuk kita mencipta kemanisan sahabat seperti dulu kala . Amin . 

Yang terakhir , Maafkan aku atas semua yang berlaku . Yang buruk datangnya dari diri aku , yang baik datangnya dari Allah . Aku mengaku kesalahan aku , aku mengutuk kesalahan aku , aku tanggung semua kesalahan ini , Aku redha , Ingin aku mulakan sesuatu yang baru , buka lembaran baru . bersama insan insan yang sudah aku sakiti , bersama insan -insan yang memaafkan diri aku , bersama insan yang sudah menyedarkan aku atas semua kesilapan aku . Bersyukur sekali kerana Allah menghadiahkan Sahabat dan cinta yang baik buat aku . terima kasih untuk kalian semua . =') Terima kasih atas semua . 

Wahai sahabatku , terima kasih kerana kau selalu setia bersama aku , walaupun aku mencoret arang di muka  kau wahai sahabat . Terima kasih atas semua kemaafan yang kau beri untuk aku . terima kasih atas peluang ini . Pasti akan aku guna sebaik mungkin . Kau SAHABAT aku selamanya . =')

Wahai Cintaku , mengapa kau terlalu naif mencintai aku ? sedangkan aku terlalu pasif bila bersama kau ? aku tidak layak sebenarnya untuk kau , kau terlalu baik buat aku . Malu aku dengan diri sendiri . Kenapa kau curah kasih sayang kau , walaupun kau tahu waktu itu aku tidak bersedia untuk menerima ? kau tahu ? mengapa kau lakukan ? Hina sungguh diri ini , mengapa aku tergamak mengabaikan kasih dan cinta ? Mohon supaya aku punya kesempatan untuk disayangi dan dicintai seperti dulu dengan kehidupan yang baru ini =) pasti aku akan menjadi wanita yang lain bahagia kerana Allah kurniakan kau buatku . Mohon supaya kau dapat membimbing untuk berjuta juta langkah untuk di masa kini dan selamanya . Amin .  


TERIMA KASIH ALLAH  =')
TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT =')
TERIMA KASIH WAHAI CINTA =')














Saturday, February 16, 2013

Satu pengorbanan

Assalamualaikum .. 
Berkongsi kepada semua , bahawasanya aku tersangat lah kelam kabut sejak dua menjak ini 
ulang alik Melaka - Perak  menjadi hobi aku sejak akhir akhir ini .
Semakin dekat hari perkahwinan Acik , Semakin sibuk lah kami sekeluarga .
dah macam hypothesis dalam sains je kan ? ade semakin semakin !
heww , heww  ! ^_^/
Penat ? ohh ! siket penat sekarang .Tapi tak apa , selagi ada kudrat neh , 
takkan aku biarkan mereka lakukan sendiri tanpa aku disisi .
Bagi aku , inilah masanya untuk aku membantu yang perlu dibantu untuk keluarga kecil aku .
sukar untuk difahami situasi aku sekarang .
Cuma aku ada alasan aku yang kukuh kenapa aku kelam kabut sekarang .
aku cuma ingin bantu mereka .
takkan aku biarkan mereka bersusah susah sendiri .
mana mungkin aku boleh lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak kepada 
keluarga . inilah yang sedangkan aku lakukan sekarang .
Ya Allah , semoga ENGKAU mengerti hatiku . 
andai kamu semua berada di tempat saya , pasti kamu akan lakukan begini jugak bukan ?
Tiada apa yang aku inginkan melainkan meringankan beban keluarga . 
Semoga Allah redha dan perlihara setiap langkah kaki ku di BUMI ini . 
aminnnn . ='(




='(

Assalamualaikum .. wahai penghuni penghuni dunia , 
wahai penghuni yang hidup di langit dan bumi . di atas mahu pun dibawah . 
yang berkelipan,  yang bercahaya . semua kelihatan indah . 
Aku memulakan cerita disini . Masih meninjau ninjau cerita 
apa yang ingin aku kongsikan buat
 tatapan penghuni semua . 
Menjadi yang terbaik , menjadi yang sempurna ,
 menjadi yang teristimewa ,
 pasti itu menjadi idaman semua ?
Ingin aku berkongsi sesuatu ,
 berkongsi dengan atas suatu yang bernama CINTA . 
Ingin disayangi , Menyayangi , merindui setiap detik dan waktu ?
tak pernah puas dengan apa yang kita ada ketika ini ?
sehingga kita lalai dengan suatu CINTA yang agung sebenarnya .
yang selalu menanti kita , yang selalu mencintai kita tanpa sempadan , yang selalu bersama kita 
setiap detik dan waktu , merindui kita dengan dugaan - dugaan NYA ?
mengapa kita jarang tersedar ?
Mengapa kita sering leka ?
Mengapa kita hidup seperti lalang yang di tiup angin kesana kemari ?
tanpa punya hala tuju yang pasti ?
sedangkan hidup mati kita , jodoh pertemuan , ajal maut , rezeki 
sudah ditetapkan oleh SATU pencipta kita ?
Tidak aku tuju untuk orang lain . Namun ianya untuk aku !
aku yang sering alpa , aku yang sering leka , aku yang sering khilaf 
aku yang berdosa , aku yang membuat dosa .
Ya Allah ... ='(
Hentikan lah semua ini . Ingin aku kembali kepadaNYA .
namun bagaimana ?
Banyak yang menyedarkan aku atas yang berlaku .
banyak yang perlu aku perbetulkan .
banyak yang perlu aku pelajari ,
dan banyak yang aku pergi jelajahi kelak .
Demi mencari hidup yang HAKIKI .
Yaa !
mungkin esok lusa ajal kita sudah sampai mungkin ?
kemana tempat kita mungkin ?
Nauzubillah .. 
Moga ada tempat untuk insan seperti aku . ='(