Tuesday, January 29, 2013

AL Fatihah

29. 1 . 3013 , ini bermakna sudah 7 bulan dia tinggalkan kami semua . Datangnya sungguh menceriakan , namun perginya tidak pula dihalang . Dia yang peramah , dia yang sering ketawa , dia yang suka celoteh , dia yang rajin , dia yang sering menjadi bahu untuk aku mengadu , dea yang sering berkongsi suka duka bersama ku , dia yang menceriakan hari hari ku , dia yang sering membuad aku tersenyum , ketawa dengan telatahnya . Ya Allah , aku rinduu . aku rinduu sangat nak dengar suara dia yang nyaring tuu , aku rinduu sangat nak bertekak dengan dia , aku rinduu sangat nak bercerita dengan dia . YaALLAH perlihara dia buad kami semua :')



setiap detik dan waktu , kami mencipta kenangan bersama . kami berkongsi segalanya bersama . dari kecil lagi aku bersamanya , boleh dikatakan dah macam belangkas . dimana ada dia , disitu ada aku . dan dimana ada aku , disitu ada dia . berangan kan macam macam untuk masa depan , pun sama sama . kalau boleh nak kawen nanti pun sama sama .Ya allah , rapatnya hubungan kami . tapi siapa sangka , sekelip mata dia tinggalkan aku , tinggalkan kami semua . tinggalkan semua memori indah yang kami cipta bersama  . kadang kadang sebenarnya memori tu tadalah indah mana . Tapi bila dia dah tak ada , Sumpah ! satu satu kenangan macam terpampang dalam bayangan mata aku . Mungkin aku terlalu rindu . :')




Nama yang serupa , tinggi yang sama , muka pun lebih kurang saja . (Waniey , Naniey ) . Tak tersedar kadang kadang , dia sebenarnya dah tade lagi . even kami jauh , dia di penang aku di melaka . tapi kami masih rapat . rapat seperti biasa . walaupun masa tu dea tengah sakit , tapi aku tak pernah lupa untuk jenguk dia . kesiannn dia . menderita hidupnya . tak sanggup aku nak tengok . ingat lagi sebelum dia pergi , aku pegi melawat dia . Ya Allah , bersemangatnya dia hari tuu , senyumm memanjang , lancar percakapan dia , bersinar mata dia bila pandang aku . sejuk hati aku , dalam hati aku cakap *tak risaulah aku nak balek melaka nanti, sebab nampak dia dah sihat*


bila time makan , seronok aku tengok dia makan , berselera sungguh ! Ya Allah syukur Alhamdulillah .
sampaikan aku neh yang tak tersuap, terasa hilang lapar bila tengok dia selera makan . tak putus putus aku bersyukur . bila aku nak balek jer , time salam tu yang aku tak suka . lama betul dia pegang tangan aku . lama kami berpeluk , tanpa ucap apa-apa . rasa tenang jer bila dekat dengan dia . YA Allah hanyat allah saja yang tahu betapa aku sayangkan dia .



Teringat lagi , aku sempat pesan dekat dia *Cepat sembuh ya , nanti aku bawak jalan jalan melaka* Tersenyum dia bila aku janji macam tu . Lepas seminggu jer aku balek melaka , bagai nak luruh jantung neh , bila tiba tiba cazen aku cakap *Naniey masuk ICU* Lemah segala sendi urat saraf , tersandar aku dekat dinding . tapi aku senyap lagi . terasa tanak percaya . rasa macam mimpi ! tapi aku kena sedar , itu bukan mimpi . itulah realiti yang aku harus terima . jam 9.30 malam . aku dapat panggilan lagi . *Adik , abah nak cakap ni , bawak bersabar , bawak bertenang , naniey dah takda lagi , baru sekejap tadi meninggal* . 




Zupppp ! tersentap sekejap bila aku dengar ayat tuu . menggigil seluruh badan aku , aku langsung tak boleh nak cakap apa-apa . sepatah pun aku tak boleh nak bercakap . aku blur , aku cuba tolak kebenaran tuu . lama aku diam , akhirnya aku menangis sepuas hati . mana tidaknya , baru seminggu lalu aku bersamanya , baru seminggu lalu aku bercakap , ketawa , makan dengan dia . tiba tiba hari neh aku terpaksa terima sesuatu yang diluar jangkaan aku . luluh hati aku masa tu , dalam hati aku hanya fikir macam mana aku nak balek secepat mungkin , aku nak tatap wajah dia, aku nak cium jasad dea , tak mengapalah walau ia hanya sekujur tubuh yang kaku , tapi aku tetap nak ! pukul 11malam aku pegi kl tumpang membe . smpai kl aku stay sekejap rumah membe , sementara nak tunggu subuh . smpai jer subuh , aku jalan kaki pegi LRT . then turun dekat pudu . masa tu jalan 7pagi .alhamdulillah dapat bus ke penang jam 7 pagi . dalam bus pacek driver tu tanye , kenapa nangis . *then aku cakap , sepupu saya meninggal. mengalir ngalir airmata neh tak tahu nak cakap macam mana dah . tepat pukul 11 pagi aku sampai . sama tu aku dah betul betul lemah . kaki aku neh menggeletar jer . tangan asyik menggigil. masa tu aku betul betul pasrah. abah cakap dorang dah bawak mayat untuk disembahyangkan, bermakna aku tak sempat ! terduduk lemah aku kat tepi jalan tunggu abang sepupu datang jemput . bila datang jer . paksu terus peluk . dia cakap arwah dah selamat dikembumikan . aku cuma diam jer , air mata neh jer yang tanak berhenti mengalir . sebak sungguh rasanya .


sampai saja ditanah perkuburan. paksu bawak aku ke kubur arwah. tanahnya merah . bercucuk kayu nisan berkain putih , dan bunga bunga . Ya Allah . sekali lagi terasa hati direntap sekuat hati. lemah aku, cuba bayangkan , orang yang baru kita bersua muka , tiba tiba hari tu , aku hanya dapat bersua dengan kuburnya :'(  . Allah saja yang tahu betapa pilu dan sebak hati neh . aku hampir hampir rebah menyembah bumi , mujur paksu yang pegang . Ya Allah , Aku redha .



Ya.. sudah 7 bulan .dia tinggalkan kami semua , dan 7 bulan jugak sebenarnya aku ambil masa untuk tulis semua neh . sumpah aku tak kuat nak tulis tentang dia . mengingati nama dia , wajah dia pun dah buad aku mengalir air mata , macam mana aku nak tulis tentangnya disini ? Cuma , aku rindu . rinduuu sangat sangat dekat dia . sunyi rasanya keluarga neh tanpa dia . takdir Allah , siapa yang tahu . semua nya allah rancang terbaik untuk semua . aku redha , aku redha Allah ambil kesayangan aku .. :')




Doa aku , semoga dia tenang dan bahagia disana, semoga Allah berikan ganjaran kehidupan didunia yang banyak dia terlepas kerana sakitnya . Semoga allah tempatkan dia di golongan solehah hendakNYA . dan aku disini selalu mendoakan dia , mungkin dia sudah mati di realiti , tapi dia tetap hidup dalam hati aku sampai bila - bila . Alfatihah . ROSNANI BINTI SA'ARE . moga kau aman disisi pencipta. Dan selalu segar dalam ingatan kami semua . 









No comments:

Post a Comment