Jangan pandang orang yang berkereta
tapi pandanglah pada orang yang menaiki motorsikal
kerana walaupun dia tak punya kereta tapi dia masih
mampu memiliki sebuah motorsikal
Jangan pandang orang yang bermotorsikal
tapi pandanglah orang yang menaiki basikal
kerana walaupun dia tak punya motorsikal
tapi dia masih punya basikal
Jangan pandang orang yang berbasikal
tapi pandanglah orang yang berjalan kaki
walaupun dia tidak punya basikal tapi
Allah masih kurniakan dia sepasang kaki untuk melangkah
Jangan pandang orang yang berjalan kaki
tapi pandanglah orang yang tidak mempunyai kaki
walaupun dia tidak punya kaki
tapi dia masih boleh berkerusi roda dan memakai kaki palsu
Jangan pandang orang yang tidak punya kaki
tapi pandanglah pada orang yang koma
walaupun dia koma tapi dia masih mampu bernafas
Di bumi Allah yang luas ini .
Jangan pandang pada orang yang koma
tapi pandanglah pada orang yang sudah meninggal dunia
yang sudah tamat perjalanan hidupnya di dunia .
sedangkan kita perlu bersyukur kerana masih sihat
dibumi Allah ini =)
Fahami dan mengerti lah ayat ayat ini . Mensyukuri dengan apa yang kita ada , adalah lebih baik dari kita berlumba lumba untuk mendapat lebih dari orang lain . =) . Allah sudah tetapkan rezeki masing masing . sama samalah kita berusaha untuk mencarinya kerana Allah tapi bukan kerana ikutkan kata hati ^__^Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment