Saturday, June 29, 2013

Assalamualaikum ,
 Alhamdulillah masih bernafas ketika tangan rancak menulis sesuatu untuk semua hari ini .
29 june 2012 ---> 29 june 2013
sudah genap setahun pemergian sepupu tersayang .
Ya Tuhan , Sungguh kami semua rindukan dia .
Sepanjang setahun ini banyak yang terlalu dilalui
suka duka silih berganti di hari hari kami .
dugaan datang menimpa
gembira datang menjelma
seketika kami ketawa
seketika lagi kami menangis .
alangkah indah jika dia ada bersama .
berkongsi segalanya bersama sama .
mungkin seperti seketika dulu
ya  , seperti dulu dulu . ='(

Al fatihah untuk dia .
Rosnani Binti Saa're

Tuesday, June 11, 2013

Sweet 21 =)

Assalamualaikum .
Happy birthday to me 
happy birthday to me !
Alhamdulillah , syukur ke hadrad illahi . Allah masih panjangkan usia aku . 
meningkat ke angka 21 tahun .  Alhamdullilah !
masih sihat , masih kuat , masih tabah , masih mampu berjalan , berlari dan berdikari .
masa berlalu terlalu pantas . 
segala suka duka , pahit manis aku telan bulat bulat .
air mata yang jatuh , aku kesat cepat cepat 
dan kebahagiaan aku simpan rapat rapat . 
semoga aku terus tabah dan sabar untuk tempuh macam macam dugaan hidup .
Tuhan berikan dugaan untuk menguji keimanan hambaNYA .
Tuhan beri kebahagiaan untuk hambaNYA mensyukuri segala nikmat di dunia ,
kan ?
Ya Allah , semoga berikan segalanya yang baik untuk aku .
semoga dipanjangkan usiaku ,
semoga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk kakiku melangkah dijalan MU .
semoga aku diberikan kejayaan didunia dan diakhirat . INSYAALLAH .



Saturday, June 8, 2013

surat dari anak yang degil =)

Assalamualaikum .
syukur ke hadrah illahi . hari ini adalah hari lahir abah . 8 june 1964 bermakna abah sudah berumur 49 tahun Alhamdulillah , abah masih kuat , masih bertenaga dan masih garang macam dulu dulu . heee ^_^
Selamat Hari Lahir abah , semoga panjang umur , murah rezeki dan dipanjangkan usia . InsyaALLAH .
Abah , adek sayang abah .. 
walaupun abah garang , tapi adek tahu abah sayangkan adek . hee 
walaupun dulu dulu abah suka pukul adek dengan tali pinggang , itu bukan sebab abah benci 
tapi sebab abah nak ajar adek supaya tak besar kepala .
walaupun abah garang , abah sayang adek . adek tahu ..
abah , sekarang abah dah 49 tahun . adek pulak dah 21 tahun .
adek dah besar abah ..
abah yang berusaha sehabis keringat titik peluh untuk kita sekeluargakan .
abah tak pernah mengeluh , dari kita susah dulu sampailah kita mampu hidup sederhana sekarang .
walaupun tak kaya , tapi Allah selalu beri rezeki lebih pada kita . 
itu sebab abah tak pernah kenal erti berputus asa .
abah.. walaupun keluarga kita kecil . tapi kita bahagia sangat . 
walaupun dugaan datang menimpa , abah gagah pertahankan keluarga kecil kita . 
adek bangga dengan abah ! :')
alhamdulillah .
abah , walaupun abah tak banyak cakap . tapi adek tahu abah sayang adek . :')
buktinya , abah selalu penuhi permintaan adek . 
abah tak pernah hampakan adek . 
adek bersyukur sebab abah tak pernah ajar adek erti kemewahan . 
dari dulu sampai sekarang , abah tetap sama .
dulu kulit abah tak berkedut . 
tapi sekarang adek nampak kedut kedut kat kulit muka abah .
tapi abah tetap handsome ! hehehee 
sayangg abah !
Abah , terima kasih adek ucapkan atas segalanya !
kerana abah adek mampu berdikari  sendiri .
kerana abah adek senang begini 
kerana abah adek terasa dilindungi 
kerana abah adek selalu selamat 
kerana abah belajar erti kesusahan
dan kerana abah juga adek belajar erti kesenangan .
Abah selalu pesan 
*Abah tak ada harta , abah cuma mampu beri pendidikan jer , pandailah gunakan sebaik mungkin*
InsyaALLAH abah . 
adek takkan hampakan harapan abah .
adek sayang abah ! 
sayang sangat sangat .
sebab abah hero adik dunia akhirat .
Abah , hehehe . lupa nak cakap pulak .
kita kongsi bulan lahir sama sama kan .
hehehee
esok hari hari adek .
tapi buat pertama kalinya , adek tanak mintak apa apa dari abah .
kecuali doa buad adek sepanjang masa . 
abah doakan adek berjaya ya !
adek sayang abah . 
abah , lagi satu . adek nak cakap neh !
adek dah besar sekarang , adek tak manja lagi dah . 
tak degil macam dulu dulu sampai kena rotan baru nak dengar kata ,
adek dah tak lawan cakap abah lagi sampai abah naik angin .
ingat lagi ,
masa sekolah tadika , adek lari dari tadika sebab tak suka pegi sekolah , 
sampai jer kat rumah , adek takut sangat tengok muka bengis abah ,
dah tahu abah nak pukul adek dengan tali pinggang , tapi adek punyalah keras hati 
buad keras jer , abah pukul . sakit abah ! sakitnya boleh terasa sampai sekarang kadang kadang . 
tapi adek nak ucapkan terima kasih sebab abah pukul adek .
sejak hari tu , adek terus rajin pegi sekolah .
alhamdulillah , sekarang adek tengah habiskan degree adek .
itu semua berkat doa abah dan mak kan .
terima kasih abah , terima kasih mak ! :'(
haihhh , teringat cerita dulu .
geleng kepala adek dibuatnya .
kesiannn abah , mujur abah tak kena darah tinggi ! heee .
abah , dikesempatan ini , adek doakan kesihatan abah yer .
abah jangan kerja teruk teruk lagi . 
abah tunggu ya , abah tunggu adek balas jasa abah yang tak ternilai harganya !
sebab adek sayang abah ! 
terima kasih wahai abah ,

MOHAMAD SAYUTEE BIN ABDULLAH <3






















Wednesday, June 5, 2013

Love

                                         
                                                       You complete Me  (^___^)/

=)

Cuba lihat hujan itu . 
sekarang ia tenggelamkan segala keindahan ciptaan ALLAH 
Tapi .
setelah ia berhenti. 
keindahan ciptaanNYA  dapat kita lihat kembali 
Malah , cahaya pelangi akan menambah seri indah itu ,
Begitulah juga dengan kehidupan kita .
Tak pernah hilang daripada ditimpa masalah
dilanda kekusutan
Namun akhirnya kebahagiaan akan dikecapi. 
InsyaALLAH. ^__^

Thursday, March 28, 2013

Alhamdulillah , tiga hari yang sangat istimewa , tiga hari yang sangat sangat sibuk , tiga hari yang sangat sangat meletihkan . selesai jugak majlis sambut menantu atau pun sebetulnya untuk family kami , majlis sambut adik ipar bongsu . sebab kami dah tada atuk dengan tokwan lagi . Lebih meriah bila sedara mara dah datang tolong merewang di majlis acik neh . termasuklah aku . Ini nak share gambar gambar masa majlis .

Pengantin tengah berdebar tunggu pengantin perempuan keluar

Acik <3 untie IRA

 Kemainnn bersuapp suap !

 Family saya 

 Mak uda dan family 

 Me , acik & untie ira

 Encik fauzy , Encik Hasbullah & dan Cik Anna Mardhiah bersama pengantin

 <3

awak , saya , acik , & untie <3

Cik anna bila dapat makan udang besaq , kiri kanan tak pandang dah !

Monday, March 11, 2013

Siapa sedar . Kadang kadang orang yang kita sayang tak peduli langsung pasal kita . Dan siapa sedar orang yang tak peduli kat kita sebenarnya sangat sangat ambil berat kat kita . Kita sebuk mencari sesuatu yang belum pasti sampai kita tak sedar masa depan kita sebenarnya hanya depan mata kita . Aku tak pernah mintak dia hadir . Aku tak pernah mintak dia datang . Tapi mungkin Allah sudah takdirkan semuanya . =)

Dia yang baik , Dia yang penyabar , Dia yang lembut tutur kata , Dia yang sentiasa tenang , 
Dia yang selalu ada untuk aku , Dia yang selalu menjadi bahu tempat aku mengadu , Tempat aku bercerita , Tempat aku lepaskan marah .Dan aku tahu dia yang selalu ada untuk aku . =')

Tapi aku ?

Aku yang tak baik , aku yang tak sabar , aku yang kasar , aku yang dingin , aku yang selalu gelabah , aku yang tak pernah kesah tentang hati dia , aku yang selalu abaikan perasaan dia , Berbeza dengan dia sebenarnya . Layak ke aku dengan Dia sebenarnya ? 

Masih ingat waktu itu , Allah saja yang tahu bila waktunya aku jatuh tersungkur menyembah bumi . Atas semua dosa dosa silam . Gelap dihadapan , di sisi , di kiri , Dan kanan . Sungguh masa itu aku tewas dengan masa , dengan waktu , dengan hidup aku , dengan apa yang sudah aku lakukan . Aku bukannya selalu diatas , adakalanya aku akan jatuh terduduk juga . 

Saat aku lemah tak berdaya , Allah beri dia buat aku . Kenapa dia ? Dan aku sedar dia yang tarik aku dari hidup silam aku . Dia yang pimpin aku , dia yang sambut aku dengan mesra walaupun dia tahu , aku yang seksa hati dia , Aku yang hancurkan segalanya . Aku tahu dia terluka . Aku bebankan hidup dia sebelum ni . 
Jahatnya aku . ='(

Tapi itu dulu , Sekarang Alhamdulillah . =')
He is everything for me 
He complete me
He made me better Today 
He always beside me everyday and until die
I hope . Insyaallah .

Awak , saya tak janji akan ada dengan awak setiap masa 
Tapi saya janji akan ingat awak setiap masa
Awak , saya tak janji untuk selesaikan semua masalah awak 
Tapi saya boleh jadi pendengar awak untuk bercerita
Awak , saya tak janji untuk hentikan air mata awak kalau awak menangis
tapi saya boleh menangis bersama awak .
Awak, saya tak minta kesenangan awak 
tapi saya minta awak izinkan saya untuk bersusah dengan awak .
Awak saya tak mintak barang mahal mahal dari awak 
Cukuplah sekadar saya minta awak jadikan saya Seorang isteri yang Solehah
Insyaallah . =')

Terima kasih Allah , Sekiranya memang engKAU tetapkan Dia jodoh aku . Dekatkan lah hati kami berdua . Perliharalah kami dari apa apa yang menyulitkan , perliharalah hubungan kami sampai syurga . Sesungguhnya Aku bahagia dengan Anugerah ini . =)

Terima kasih Awak , sebab terima saya seadanya . Terima kasih atas segalanya Encik Mohammad Fauzy Haron . You complete Me . Me love you Encik Hubby   =)








Tahniah Acik Azha =)

Assalamualaikum . Wahai ahli ahli syurga sekalian =)

Alhamdulillah , Dengan sekali lafaz Acik Azha sudah bergelar seorang suami kepada makcik Nadierah =)
Seronok , terharu , sedih , bahagia semuanya bercampur baur . walaupun aku tidak berada diantara mereka hari ini . tapi aku tetap terasa bagaimana suasananya . Tapi Alangkah bahagianya kalau atuk dengan Tokwan masih ada . Mesti mereka bahagia tengok acik anak bongsu kesayangan dorang kahwin . Ya Allah . Sedihnyaa . Okay ,okay . lupakan . 

To Acik , Selamat menjalani bahtera perkahwinan yer , semoga kekal sampai syurga . semoga dapat anak anak yang comel comel macam macik iraa =) . i love both of youu . <3

 Congratulation Acik  <3

Tuesday, March 5, 2013

Sepasang baju kurung =)

Asalamualaikum semua ahli syurga =)

Sesuatu yang tak pernah aku jangka , sesuatu yang tak pernah aku duga . Entah kenapa hari itu tergerak hati aku untuk pakai baju kurung tu . tak tahu kenapa , hati aku jadi kuat untuk sarung baju tu pada tubuh aku walaupun sebelum neh , hanya memandang baju kurung tu pun hati aku dah sayu . Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu . Seperti biasa , aku pakai baju kurung tu untuk malam kesenian islam . langsung aku tak letak perfume . Tak tahulah . selalu benda tu aku tak lupa . tapii ... biarlah ...

Bila pakai baju tuu terasa dia dekat sangat dengan aku . SUBHANALLAH baru aku sedar . Bau dia ! bau badan dia kuat sangat dekat baju kurung tuuu . SUMPAH aku rinduu bau tuu . Sumpah aku terlalu rindu itu . 
Makin lama makin kuat . Tak berani nak share pada sesiapa . mungkin tak ada siapa yang percaya . kalau aku bagi orang lain cium baju tu pun belum tentu dorang akan percaya , sebab aku sorang jer tahu dan kenal bau badan dia . Ya Allah . ='(

Terasa kurang sikit rasa rindu yang membuak buak dalam hati neh . kadang kadang bila dekat rumah . terdengar suara dia . terpandang pandang senyuman dia . ternampak dia tengah makan , solat , duduk , macam macam lah . Bukan niat aku nak meratap , atau menghukum diri sendiri , Ya ! aku tahu . yang pergi takkan kembali . tak elok dikenang kenang . Tapi sebenarnya bukan itu yang aku nak sampaikan . Cuma aku nak share , yang aku rinduu sangat sangat pada dia . Ya Allah . Sampai hari ni , Aku tak basuh pun baju kurung tuu . aku tanak bau baju tu hilang . sayangnyaa. 

Aku tahu Allah dah dengar doa aku ... Allah detikkan pada hati aku untuk pakai baju kurung tu. Allah kekalkan bau dia dekat baju tu . Allah tu tak pernah kecewakan hambaNYA bila meminta doa . Aku yakin ATAS KEBESARAN DIA . Mungkin Allah nak tolong aku lepaskan rindu aku neh pada dia . Walaupun aku dah tak dapat tatap muka dia , bercakap dengan dia , bergurau senda dengan dia lagi . Tapi Allah berikan aku sesuatu yang lain . Bau pada baju kurung tu , memang bau dia . Ya Allah terima kasih . =')
Kerana ENGKAU tahu aku sungguh merindui dia . 

Doa aku , semoga Allah tempatkan dia di golongon para solehah di syurga itu . Satu hari nanti bila aku menyusul kesana semoga aku dapat bertemu dengan dia lagi . Amin .. 

Al fatihah untuk Allahyarhamah ROSNANI BINTI SA'ARE . 

Amin ='(





Cuba Belajar Dari Sini

Cuba kita pandang diri kita , cuba kita renung anggota anggota tubuh kita semua sempurna kan ? semuanya lengkap sesempurna kejadian Allah S.W.T . Tak ada apa apa yang kurang , yang tidak sempurna . Dari atas sampai lah ke bawah . SUBHANALLAH . Semuanya cantik dan handsome belaka . Cuba kita selami dalam tubuh kita , lengkap juga organ organ untuk membantu kita bergerak , berjalan , berlari kan ? Ya , semuanya Sempurna kejadian Allah itu . Tapi cuba kita selami , hati kita ? adakah kita benar benar rasa ia lengkap , atau zahir memang lengkap tapi batin hatinya tidak seperti itu ? Kita selalu ingin kan yang terbaik . itu kata hati . dan tubuh bertindak kerana itu kata tubuh . Tapi terfikirkah kita , yang kita ni selalu tidak puas hati dengan apa yang kita ada . selalu mahukan lebih , lebih dan lebih . itu kata hati .Cuba kita selami ayat ayat ini .
Jangan pandang orang yang berkereta 
tapi pandanglah pada orang yang menaiki motorsikal 
kerana walaupun dia tak punya kereta tapi dia masih 
mampu memiliki sebuah motorsikal
Jangan pandang orang yang bermotorsikal 
tapi pandanglah orang yang menaiki basikal 
kerana walaupun dia tak punya motorsikal 
tapi dia masih punya basikal
Jangan pandang orang yang berbasikal 
tapi pandanglah orang yang berjalan kaki 
walaupun dia tidak punya basikal tapi 
Allah masih kurniakan dia sepasang kaki untuk melangkah
Jangan pandang orang yang berjalan kaki 
tapi pandanglah orang yang tidak mempunyai kaki
walaupun dia tidak punya kaki 
tapi dia masih boleh berkerusi roda dan memakai kaki palsu
Jangan pandang orang yang tidak punya kaki 
tapi pandanglah pada orang yang koma
walaupun dia koma tapi dia masih mampu bernafas 
Di bumi Allah yang luas ini .
Jangan pandang pada orang yang koma 
tapi pandanglah pada orang yang sudah meninggal dunia
yang sudah tamat perjalanan hidupnya di dunia . 
sedangkan kita perlu bersyukur kerana masih sihat 
dibumi Allah ini =)
Fahami dan mengerti lah ayat ayat ini . Mensyukuri dengan apa yang kita ada , adalah lebih baik dari kita berlumba lumba untuk mendapat lebih dari orang lain . =) . Allah sudah tetapkan rezeki masing masing . sama samalah kita berusaha untuk mencarinya kerana Allah tapi bukan kerana ikutkan kata hati ^__^Assalamualaikum .






Monday, February 25, 2013

Assalamualaikum . Sehat semua ? Alhamdulillah kalau semuanya sehat dalam kandungan yang membanggakan . Mintak maaf lah yer , sebab entry yang di post sejak akhir akhir ni semuanya sedih sedih belaka . Tapi tadelah sesedih mana pun . Cuma lebih kepada memuhasabahkan diri beta sendiri untuk tatapan kalian .  Mungkin kalian tidak kenal saya , mungkin kalian hanya mengenali cerita cerita saya ? tak mengapa . Sebelum apa apa , izinkan saya memohon maaf jika ada yang tersingguh dengan kata kata saya selama ini . 

Benar kata orang , Seribu langkah yang sudah kita harungi adalah bermula dengan satu langkah . Yaa . macam itu saya . Sudah jauh saya melangkah , sudah jauh saya melangkah tanpa ditemani mak dan ayah . Saya melangkah untuk mencari hidup saya sendiri tanpa mereka . 

Wahai Tuhan ,
Jauh sudah lelah kaki yang melangkah 
aku hilang tanpa arah 
rindu hati mencari sinarMU

Dan sampai waktu ini , saat ini , detik ini . saya masih mencari cari siapa diri saya . Dimana roh saya sebenarnya ? Yang meronta ronta mahu pembebasan ? Hanya Tuhan yang tahu . Betapa saya berperang dengan hati , Berperang mencarik diri sendiri . Sudah lah ! Waniey , Berhenti dari lamunan kamu? berhenti dan pulanglah pada roh kamu yang sebenar benar roh kamu . yang inginkan Sinar baru dalam hidup . 

Wahai Tuhan
aku hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa hitam dijalanku .

Peringatan buad diri sendiri . Allah itu maha pengampun , maha penyayang , maha pemurah . moga Allah buka pintu hati ini untuk teruskan hidup dijalanNYA .  =')


Alhamdulillah , 
syukur Atas nikmat dan kurniaanNYA .
Seindah namanya , 
Sesempurna Kelahirannya .

Tahniah buat kakak Atikah dan abg Firdhaus
Atas kelahiran baby yang sangat comel neh .
Waniey doakan semoga baby akan jadi Anak yang solehah
jadi anak yang bijak 
yang kuat dan tabah 
yang setiasa sabar 
yang selalu ceria 
yang selalu mendengar kata umi & Ayahnya

Wahai Sofhea Hanania
saya doakan kamu sehat selalu .
Amin ^_^ /

Buat kakak Atikah yang disayangi
Tak ada apa yang mampu waniey kata lagi 
melainkan ucapan terima kasih kerana pernah sudi menjadi kakak 
untuk waniey . =')
terima kasih atas nasihat nasihat kakak selama neh .
awak kakak saya sampai bila-bila 
INSYAALLAH .
Mungkin kita takkan bersua muka lagi ,
tapi Doa waniey buat kalian sekeluarga selalu waniey kirim 
Semoga kalian semua gembira dengan kelahiran baru ini 
Insyaallah =')



Sunday, February 24, 2013

Bila ada Tangisan =')


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda . Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum . Selamat pagi untuk semua . Pasti masing masing tengah sibuk kala waktu ini . ke sana ke sini , buat itu , buat ini .cuma aku yang masih tidak bergerak kemana - mana . Kelas masih belum pasti , jadi mana lagi aku ingin melangkah . Berdiri di sini . Menghadap semuanya disini . Tanpa rasa gentar dan takut . Takut ? tidak , aku tidak takut walaupun aku bersalah . ='( aku bersalah pada diri . aku bersalah pada sahabat , aku bersalah pada Cinta , aku bersalah pada mereka semua . Aku tetap berdiri disini . Menghadap apa saja . Menyedari kekhilafan diri , membuatkan aku benar benar kerdil di mata mereka . Mungkin sehingga hujung masa pun belum tentu aku bisa maafkan diri aku kerana menyakiti mereka semua . Walaupun aku tahu , hidup ini punya waktu . Waktu untuk menjadi lebih baik , waktu untuk mematangkan diri . Tapi malangnya aku sendiri yang sudah ciptakan luka buat mereka . ='( 

MAAFKAAN AKU SAHABAT , MAAFKAN AKU CINTA .. :'(

Sampai waktu ini , ketika ini , aku masih mencari cari bagaimana untuk mengubati hati hati insan yang sudah aku lukai . Pasti aku tidak mampu . Ya ALLAH berdosanya Aku . ='( . Terasa pedihnya bila melihat mereka  terluka dengan kesalahan aku , Ya Allah , bagaimana aku jadi begitu ? kenapa waniey ? kenapa kau begitu ?  lupakah kau , bahawa Allah itu maha KUASA ? lupakah kau bahawa Allah sudah janjikan yang terbaik untuk kau ? Mengapa kau hidup seolah olah kau yang mengaturkan hidup kau ? Mengapa kau tergamak lakukan hal sebegitu rupa . Aku khianati mereka . Ya Allah , aku tak bermaksud ... Maafkan aku kerana terleka waktu itu . Menyakiti mereka untuk kepuasan diri sendiri . Kau bersalah ! Ya , aku bersalah .... 
Masih ada ruang waktu kah untuk aku ? untuk aku kembali kepadaNYA ? ='(

Aku berperang dengan perasaan aku sendiri . aku sakiti mereka , tapi mereka juga yang telah sedarkan aku untuk semuanya . Aku sakiti hati mereka , namun sekelip mata mereka sudah maafkan aku . YA ALLAH ! Layakkah aku mendapat kemaafkan dari mereka ? Wahai Sahabatku , Mengapa kau terlalu baik untukku ? Mengapa kau lembut untukku ? Mengapa kau terlalu mudah memaafkan aku ? Aku ini , bukanlah insan yang kau layak untuk digelar SAHABAT , Jauh sekali tidak . Aku belum layak untuk gelaran itu sebenarnya . Kerana , gelaran itu sungguh tinggi Darjatnya . MAAFKAN aku sahabat . kenapa menyakiti kau . maafkan aku kenapa sudah mencipta kecewa untuk kau . maafkan aku! aku tak bermaksud apa -apa . maafkan aku kerana pasif begini . bukan apa , cuma aku malu dengan diri sendiri . Aku bukan sahabat yang baik untuk kau , tapi Insyaallah aku janji aku cuba jadi yang terbaik untuk kau . Sebab aku sayang kau sangat sangat . kau lah satu satunya adik beradik yang aku ada merangkap sahabat aku . =')  Sumpah aku rindu waktu waktu kita seperti dahulu , Doa aku , Semoga ada ruang dan kesempatan untuk kita mencipta kemanisan sahabat seperti dulu kala . Amin . 

Yang terakhir , Maafkan aku atas semua yang berlaku . Yang buruk datangnya dari diri aku , yang baik datangnya dari Allah . Aku mengaku kesalahan aku , aku mengutuk kesalahan aku , aku tanggung semua kesalahan ini , Aku redha , Ingin aku mulakan sesuatu yang baru , buka lembaran baru . bersama insan insan yang sudah aku sakiti , bersama insan -insan yang memaafkan diri aku , bersama insan yang sudah menyedarkan aku atas semua kesilapan aku . Bersyukur sekali kerana Allah menghadiahkan Sahabat dan cinta yang baik buat aku . terima kasih untuk kalian semua . =') Terima kasih atas semua . 

Wahai sahabatku , terima kasih kerana kau selalu setia bersama aku , walaupun aku mencoret arang di muka  kau wahai sahabat . Terima kasih atas semua kemaafan yang kau beri untuk aku . terima kasih atas peluang ini . Pasti akan aku guna sebaik mungkin . Kau SAHABAT aku selamanya . =')

Wahai Cintaku , mengapa kau terlalu naif mencintai aku ? sedangkan aku terlalu pasif bila bersama kau ? aku tidak layak sebenarnya untuk kau , kau terlalu baik buat aku . Malu aku dengan diri sendiri . Kenapa kau curah kasih sayang kau , walaupun kau tahu waktu itu aku tidak bersedia untuk menerima ? kau tahu ? mengapa kau lakukan ? Hina sungguh diri ini , mengapa aku tergamak mengabaikan kasih dan cinta ? Mohon supaya aku punya kesempatan untuk disayangi dan dicintai seperti dulu dengan kehidupan yang baru ini =) pasti aku akan menjadi wanita yang lain bahagia kerana Allah kurniakan kau buatku . Mohon supaya kau dapat membimbing untuk berjuta juta langkah untuk di masa kini dan selamanya . Amin .  


TERIMA KASIH ALLAH  =')
TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT =')
TERIMA KASIH WAHAI CINTA =')














Saturday, February 16, 2013

Satu pengorbanan

Assalamualaikum .. 
Berkongsi kepada semua , bahawasanya aku tersangat lah kelam kabut sejak dua menjak ini 
ulang alik Melaka - Perak  menjadi hobi aku sejak akhir akhir ini .
Semakin dekat hari perkahwinan Acik , Semakin sibuk lah kami sekeluarga .
dah macam hypothesis dalam sains je kan ? ade semakin semakin !
heww , heww  ! ^_^/
Penat ? ohh ! siket penat sekarang .Tapi tak apa , selagi ada kudrat neh , 
takkan aku biarkan mereka lakukan sendiri tanpa aku disisi .
Bagi aku , inilah masanya untuk aku membantu yang perlu dibantu untuk keluarga kecil aku .
sukar untuk difahami situasi aku sekarang .
Cuma aku ada alasan aku yang kukuh kenapa aku kelam kabut sekarang .
aku cuma ingin bantu mereka .
takkan aku biarkan mereka bersusah susah sendiri .
mana mungkin aku boleh lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak kepada 
keluarga . inilah yang sedangkan aku lakukan sekarang .
Ya Allah , semoga ENGKAU mengerti hatiku . 
andai kamu semua berada di tempat saya , pasti kamu akan lakukan begini jugak bukan ?
Tiada apa yang aku inginkan melainkan meringankan beban keluarga . 
Semoga Allah redha dan perlihara setiap langkah kaki ku di BUMI ini . 
aminnnn . ='(




='(

Assalamualaikum .. wahai penghuni penghuni dunia , 
wahai penghuni yang hidup di langit dan bumi . di atas mahu pun dibawah . 
yang berkelipan,  yang bercahaya . semua kelihatan indah . 
Aku memulakan cerita disini . Masih meninjau ninjau cerita 
apa yang ingin aku kongsikan buat
 tatapan penghuni semua . 
Menjadi yang terbaik , menjadi yang sempurna ,
 menjadi yang teristimewa ,
 pasti itu menjadi idaman semua ?
Ingin aku berkongsi sesuatu ,
 berkongsi dengan atas suatu yang bernama CINTA . 
Ingin disayangi , Menyayangi , merindui setiap detik dan waktu ?
tak pernah puas dengan apa yang kita ada ketika ini ?
sehingga kita lalai dengan suatu CINTA yang agung sebenarnya .
yang selalu menanti kita , yang selalu mencintai kita tanpa sempadan , yang selalu bersama kita 
setiap detik dan waktu , merindui kita dengan dugaan - dugaan NYA ?
mengapa kita jarang tersedar ?
Mengapa kita sering leka ?
Mengapa kita hidup seperti lalang yang di tiup angin kesana kemari ?
tanpa punya hala tuju yang pasti ?
sedangkan hidup mati kita , jodoh pertemuan , ajal maut , rezeki 
sudah ditetapkan oleh SATU pencipta kita ?
Tidak aku tuju untuk orang lain . Namun ianya untuk aku !
aku yang sering alpa , aku yang sering leka , aku yang sering khilaf 
aku yang berdosa , aku yang membuat dosa .
Ya Allah ... ='(
Hentikan lah semua ini . Ingin aku kembali kepadaNYA .
namun bagaimana ?
Banyak yang menyedarkan aku atas yang berlaku .
banyak yang perlu aku perbetulkan .
banyak yang perlu aku pelajari ,
dan banyak yang aku pergi jelajahi kelak .
Demi mencari hidup yang HAKIKI .
Yaa !
mungkin esok lusa ajal kita sudah sampai mungkin ?
kemana tempat kita mungkin ?
Nauzubillah .. 
Moga ada tempat untuk insan seperti aku . ='(











Thursday, January 31, 2013

Assalamualaikum . Entry hari neh adalah berkaitan dengan sebahagian dari hidup aku . aku nak perkenalkan seseorang yang selalu bersama aku susah mahupun senang , ketawa sama sama , menangis sama sama , everything laa buad sama sama . Dia yang cantek , yang comel , yang suka buad lawak , yang suka buad aku gelak dengan dia , dia yang selalu ada dengan aku . Macam macam kami lalui sama sama . Seriously ! sayang sangat sangat dekat dia . dia selalu faham aku , dea tahu apa dalam hati aku , aku senang kongsi masalah dengan dia , dari sekecil kecil masalah , sampai sebesar besar masalah . semua aku refer to her . 

Dialah pendengar setia , dialah pemberi semangat , dialah yang pandai amek hati aku bila aku sedih , dia lah yang beri senyuman bila aku sedih . dan dialah orang yang selalu sokong aku bila aku rasa putus asa . Sampaikan bila orang saketkan hati dia , bila orang kecewakan dia , aku yang terasa tauu . entahlaa , tapi aku sayang dia sangat . dan aku selalu doa supaya dia selalu bahagia , dan ceria . aku tak suka tengok dia sedih . Sebab bagi aku , cukuplah kesedihan yang dia dah lalui selama neh . Cukup cukup tersentuh bila orang cakap bukan bukan pasal dia . Seperti bercakap bukan bukan pasal aku . haihh  .Seriously kami dah macam adik beradik . 

Ya Allah , jagakan dia untuk aku . Perlihara hatinya dari rasa kekecewaan dan kesedihan , jauhkan dia dari apa yang boleh menzaliminya , jauhkan dia dari sifat putus asa , tiupkan semangat dan kekuatan dalam dirinya . Dan KAU lindungi dia dari segala bahaya kerana dia SAHABAT yang teristimewa buatku . 
NOR FARHANA MARDHIAH BINTI FISSOL .


Nampak ?
cantek kan . ^_^
Assalamualaikum ... =)

Tuesday, January 29, 2013

Assalammualaikum . Bercerita tentang hidup , bercerita tentang diri , tentang masa depan haruslah menjadi keutamaan untuk semua orang kan . same goes to me lah . ada cita cita , ada masa depan . Dan mahu buad perancangan hidup . kadang kadang apa yang kita rancangkan takkan sama dengan yang kita perolehi . Ya , itulah rencah dalam kehidupan . ada suka , ada duka . kadangkala anda seronok , kadangkala anda terluka . kadang kala anda berjaya , kadangkala anda tersasar . Lumrah kehidupan . Allah mahu menguji setiap hambaNYA . Dan kita sebagai pelakon haru memainkan watak sebaik baik kejadian untuk mendapat ganjaran terbaik di AKHIRAT nanti  . Insyaallah . =)Siket hari lagi , aku menanti bulan kelahiran aku yang ke 21 tahun . nampak ? seriously , tak sangka aku sudah 21 tahun . Ya Allah , Terima kasih Allah . kerana beri aku peluang bernafas sampai hari ini ..dan alhamdulillah , sudah 1setengah tahun aku menjalani tempoh pembelajaran untuk degree . Insyaallah , lagi 1 setengah tahun aku akan tamatkan pengajian . Insyaallah . Sama sama lah kita doakan . Dan sesungguhnya sangat banyak perkara yang aku belajar , suka duka , pengalaman pahit manis , suka duka , ketawa gembira dilalui bersama . Yaaa . segalanya sangat mematangkan aku . Terima kasih sahabat , kerana sudi bersamaku tika susah dan senang . Terima kasih makabah kerana selalu memberi semangat dan tak jemu memberi nasihat . Ya Allah , hanya Allah saja yang tahuu betapa aku sayang kepada insan insan yang titip buad aku disini . :')

Menghitung Hari

Assalamualaikum . haaaa , title hari neh focus to "Menghitung Hari" haha , harus korang akan fikir menghitung hari untuk apa ? bertunang ? bernikah ? berkahwin ? right ? haha , ^_^ actually , yes ! memang betul pun . aku memang menunggu masa untuk sebuah majlis . Tapi ! bukan majlis aku lagi ya bebs ! majlis untuk Acik aku sebenarnya . tapi disebabkan atuk dan tokwan dah meninggal . so , tanggungjawab tu di pikul oleh makayah aku lah pulak untuk kahwinkan adik dorang .  Lebih kurang 52 hari lagi , Acik akan bergelar suami kepada bakal makcik aku . Ya Allah , Allah saja yang tahu betapa aku exited nak tunggu hari tu . 

Pertama sekali ,harus aku katakan yang aku sangat seronok bila tengok orang yang aku sayang dah mendirikan rumah tangga , kedua tak lari dari rasa sedih siket laa . sebab aku rapat gilaa dengan acik . Umur pun actually tak jauh beza , acik umur 25 dan aku 21 tahun . nampak ? tak jauh beza kan . dan of course lah kami sangat rapat . Yelaa , lepas neh dia tak boleh melepak dengan aku selalu , yelaa orang dah ade bini kan . hehehehe . Dan sekarang neh pulak , jarang boleh jumpa dia . sebabnya dia sibuk kerja . kesiann dia . kuatkan usaha yer acik ! 

Bila nak kenduri neh , dah memang sepatutnya makbapak aku tu sibuk , Ya Allah , serius banyak gilaa barang untuk persiapan kenduri nanti , dari benda yang sekecil kecil sampailah benda yang sebesar besar alam pun beli .nampak tak betapa exitednya mereka nak meraikan acik dan bakal isteri nanti . Dan aku , aku bukan duduk saje tauu . Wajibnya aku jadi Asistant mereka . pegi kesana kemari , cari itu cari ini . bunga telur , beg , cenderahati , baju , dan semua perlu ikut tema majlis nanti . pening kepala jugak laa . Susah sebenarnya nak buad persiapan kahwin neh . hahaha , disitu aku belajar banyak benda baru . mungkin aku boleh aplikasikan masa majlis aku nanti , insyaallah . Ceewaah ! berangan lebih kau neh Waniey oiii ! hahaha . ^_^

okay lah , apa pun . Insyaallah . Jemputan akan dibuad dari semasa ke semasa . then Aku pun nak balek melaka dah . haihh ! Insyaallah jumpa di lain masa . Assalamualaikum . =)









Permulaan yang Baru

Assalamualaikum , kembali ke alam blog . menulis blog , baca blog , edit blog , blog , blog , blog . sengaja untuk mengisi masa lapang . terima kasih kepada yang sudi singgah membaca . terima kasih kepada yang sudi menjadi follower . dan terima kasih yang selalu support . Sebenarnya blog neh blog lama , dan banyak post post lama dah dibuang . jadi tak banyak pun post post yang tinggal dekat blog neh . mintak maaf lah yer . banyak yang perlu diperbaiki lagi . selamat malam semua . semoga Allah mencintai kalian semua . Amin .

AL Fatihah

29. 1 . 3013 , ini bermakna sudah 7 bulan dia tinggalkan kami semua . Datangnya sungguh menceriakan , namun perginya tidak pula dihalang . Dia yang peramah , dia yang sering ketawa , dia yang suka celoteh , dia yang rajin , dia yang sering menjadi bahu untuk aku mengadu , dea yang sering berkongsi suka duka bersama ku , dia yang menceriakan hari hari ku , dia yang sering membuad aku tersenyum , ketawa dengan telatahnya . Ya Allah , aku rinduu . aku rinduu sangat nak dengar suara dia yang nyaring tuu , aku rinduu sangat nak bertekak dengan dia , aku rinduu sangat nak bercerita dengan dia . YaALLAH perlihara dia buad kami semua :')



setiap detik dan waktu , kami mencipta kenangan bersama . kami berkongsi segalanya bersama . dari kecil lagi aku bersamanya , boleh dikatakan dah macam belangkas . dimana ada dia , disitu ada aku . dan dimana ada aku , disitu ada dia . berangan kan macam macam untuk masa depan , pun sama sama . kalau boleh nak kawen nanti pun sama sama .Ya allah , rapatnya hubungan kami . tapi siapa sangka , sekelip mata dia tinggalkan aku , tinggalkan kami semua . tinggalkan semua memori indah yang kami cipta bersama  . kadang kadang sebenarnya memori tu tadalah indah mana . Tapi bila dia dah tak ada , Sumpah ! satu satu kenangan macam terpampang dalam bayangan mata aku . Mungkin aku terlalu rindu . :')




Nama yang serupa , tinggi yang sama , muka pun lebih kurang saja . (Waniey , Naniey ) . Tak tersedar kadang kadang , dia sebenarnya dah tade lagi . even kami jauh , dia di penang aku di melaka . tapi kami masih rapat . rapat seperti biasa . walaupun masa tu dea tengah sakit , tapi aku tak pernah lupa untuk jenguk dia . kesiannn dia . menderita hidupnya . tak sanggup aku nak tengok . ingat lagi sebelum dia pergi , aku pegi melawat dia . Ya Allah , bersemangatnya dia hari tuu , senyumm memanjang , lancar percakapan dia , bersinar mata dia bila pandang aku . sejuk hati aku , dalam hati aku cakap *tak risaulah aku nak balek melaka nanti, sebab nampak dia dah sihat*


bila time makan , seronok aku tengok dia makan , berselera sungguh ! Ya Allah syukur Alhamdulillah .
sampaikan aku neh yang tak tersuap, terasa hilang lapar bila tengok dia selera makan . tak putus putus aku bersyukur . bila aku nak balek jer , time salam tu yang aku tak suka . lama betul dia pegang tangan aku . lama kami berpeluk , tanpa ucap apa-apa . rasa tenang jer bila dekat dengan dia . YA Allah hanyat allah saja yang tahu betapa aku sayangkan dia .



Teringat lagi , aku sempat pesan dekat dia *Cepat sembuh ya , nanti aku bawak jalan jalan melaka* Tersenyum dia bila aku janji macam tu . Lepas seminggu jer aku balek melaka , bagai nak luruh jantung neh , bila tiba tiba cazen aku cakap *Naniey masuk ICU* Lemah segala sendi urat saraf , tersandar aku dekat dinding . tapi aku senyap lagi . terasa tanak percaya . rasa macam mimpi ! tapi aku kena sedar , itu bukan mimpi . itulah realiti yang aku harus terima . jam 9.30 malam . aku dapat panggilan lagi . *Adik , abah nak cakap ni , bawak bersabar , bawak bertenang , naniey dah takda lagi , baru sekejap tadi meninggal* . 




Zupppp ! tersentap sekejap bila aku dengar ayat tuu . menggigil seluruh badan aku , aku langsung tak boleh nak cakap apa-apa . sepatah pun aku tak boleh nak bercakap . aku blur , aku cuba tolak kebenaran tuu . lama aku diam , akhirnya aku menangis sepuas hati . mana tidaknya , baru seminggu lalu aku bersamanya , baru seminggu lalu aku bercakap , ketawa , makan dengan dia . tiba tiba hari neh aku terpaksa terima sesuatu yang diluar jangkaan aku . luluh hati aku masa tu , dalam hati aku hanya fikir macam mana aku nak balek secepat mungkin , aku nak tatap wajah dia, aku nak cium jasad dea , tak mengapalah walau ia hanya sekujur tubuh yang kaku , tapi aku tetap nak ! pukul 11malam aku pegi kl tumpang membe . smpai kl aku stay sekejap rumah membe , sementara nak tunggu subuh . smpai jer subuh , aku jalan kaki pegi LRT . then turun dekat pudu . masa tu jalan 7pagi .alhamdulillah dapat bus ke penang jam 7 pagi . dalam bus pacek driver tu tanye , kenapa nangis . *then aku cakap , sepupu saya meninggal. mengalir ngalir airmata neh tak tahu nak cakap macam mana dah . tepat pukul 11 pagi aku sampai . sama tu aku dah betul betul lemah . kaki aku neh menggeletar jer . tangan asyik menggigil. masa tu aku betul betul pasrah. abah cakap dorang dah bawak mayat untuk disembahyangkan, bermakna aku tak sempat ! terduduk lemah aku kat tepi jalan tunggu abang sepupu datang jemput . bila datang jer . paksu terus peluk . dia cakap arwah dah selamat dikembumikan . aku cuma diam jer , air mata neh jer yang tanak berhenti mengalir . sebak sungguh rasanya .


sampai saja ditanah perkuburan. paksu bawak aku ke kubur arwah. tanahnya merah . bercucuk kayu nisan berkain putih , dan bunga bunga . Ya Allah . sekali lagi terasa hati direntap sekuat hati. lemah aku, cuba bayangkan , orang yang baru kita bersua muka , tiba tiba hari tu , aku hanya dapat bersua dengan kuburnya :'(  . Allah saja yang tahu betapa pilu dan sebak hati neh . aku hampir hampir rebah menyembah bumi , mujur paksu yang pegang . Ya Allah , Aku redha .



Ya.. sudah 7 bulan .dia tinggalkan kami semua , dan 7 bulan jugak sebenarnya aku ambil masa untuk tulis semua neh . sumpah aku tak kuat nak tulis tentang dia . mengingati nama dia , wajah dia pun dah buad aku mengalir air mata , macam mana aku nak tulis tentangnya disini ? Cuma , aku rindu . rinduuu sangat sangat dekat dia . sunyi rasanya keluarga neh tanpa dia . takdir Allah , siapa yang tahu . semua nya allah rancang terbaik untuk semua . aku redha , aku redha Allah ambil kesayangan aku .. :')




Doa aku , semoga dia tenang dan bahagia disana, semoga Allah berikan ganjaran kehidupan didunia yang banyak dia terlepas kerana sakitnya . Semoga allah tempatkan dia di golongan solehah hendakNYA . dan aku disini selalu mendoakan dia , mungkin dia sudah mati di realiti , tapi dia tetap hidup dalam hati aku sampai bila - bila . Alfatihah . ROSNANI BINTI SA'ARE . moga kau aman disisi pencipta. Dan selalu segar dalam ingatan kami semua .